Thursday 9 July 2009

Tokoh akademik mahu PPSMI dimansuhkan segera

TANJUNG MALIM 8 Julai - Tokoh akademik mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dengan segera dan bukannya menunggu sehingga 2012.
Pemegang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, dasar itu perlu dimansuhkan dengan segera kerana PPSMI terbukti satu kesilapan.
'''Kenapa hendak tunggu sehingga 2012 baru nak dimansuhkan. Sesuatu dasar yang silap perlu ditamatkan dengan segera.
''Tidak timbul soal penganiayaan kepada pelajar dan guru yang telah melalui proses pembelajaran dan pengajaran dalam PPSMI kerana ilmu itu adalah kelebihan bagi mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas seminar Integrasi Nasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI selepas tujuh tahun dasar itu dilaksanakan sehingga menimbul pelbagai polimik.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.
Tambah Zainal, pelajar dan guru yang telah mengikuti PPSMI tidak akan menghadapi sebarang masalah jika keputusan memansuhkan dasar itu dilaksanakan serta-merta.
Tegas beliau, langkah kerajaan melambatkan tempoh memansuhkan PPSMI hanya akan merendahkan lagi nilai ekonomi bahasa Melayu.
Turut bersetuju dengan desakan itu ialah Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.
Katanya, pelaksanaan dasar PPSMI adalah satu kesilapan besar kerajaan kerana membuat keputusan tanpa menimbang pandangan rakyat terlebih dahulu.
''Ini adalah pengajaran kepada kerajaan supaya tidak meminggirkan rakyat dalam membuat keputusan berhubung sesuatu dasar pada masa hadapan.
''Apatah lagi PPSMI mempunyai kaitan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun, saya tetap memuji kerajaan kerana berani mengakui kesilapan lalu," jelasnya.
Menurut Shamsul, langkah menguatkuasakan PPSMI dalam tempoh tiga tahun lagi adalah sesuatu yang merugikan pelajar Melayu terutamanya di kawasan luar bandar.
APA KOMEN ANDA !!!!!

Friday 29 May 2009

Had subjek SPM seimbang akademik, kokurikulum

Pelajar, guru boleh terbabit kegiatan luar termasuk sukan
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu transformasi pendidikan secara menyeluruh untuk menyeimbangkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum setiap pelajar. Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, keputusan itu dilihat dapat memberikan lebih banyak masa kepada pelajar untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran selain menceburi aktiviti lain.
"Langkah ini dianggap selaras dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji kegiatan kokurikulum bagi menarik lebih ramai pelajar menyertai sukan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. "Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pertindihan jadual ketika peperiksaan serta pembaziran wang kerana ibu bapa perlu menghantar anak mereka ke kelas tuisyen jika mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran di samping mengurangkan tekanan pelajar," katanya di sini, semalam. Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Ali berkata, perubahan sistem penggredan peperiksaan perlu bersifat adil, menyeluruh dan seragam.
"Ini penting dalam menentukan pelajar paling berkualiti layak terutama dalam perkara membabitkan pemberian biasiswa dan sebagainya," katanya. Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata calon SPM hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran, mulai tahun depan. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras, manakala sekolah tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran. Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berharap kerajaan bertegas dengan keputusan itu bagi mengelak timbul masalah seperti kekurangan guru, beban kewangan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke kelas tuisyen sedangkan syarat lulus SPM hanya enam mata pelajaran.
"Pelajar juga harus memberikan penekanan kepada kecemerlangan kokurikulum. Kita mahu pelajar berkualiti dari setiap sudut bukan sekadar akademik semata-mata," katanya.

Friday 1 May 2009

TIPS KEIBUBAPAAN

Teknik-teknik Praktikal Keibubapaan

Peringkat bayi:

1. Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya.
2. Sentiasa bertenang.
3. Menghayati detik-detik bersamanya selalu.
4. Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada.
5. Memberi anak anda susu ibu.
6. Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan
7. Selalu membaca untuknya.

Peringkat Kanak-kanak

1. Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya.
2. Selalu membaca bersamanya.
3. Belikan permainan yang tidak spesifik ‘ gender’
4. Amalkan disiplin secara konsisten.
5. Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya.

Peringkat Remaja:

1. Teruskan bergambar bersama anak anda.
2. Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.
3. Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan.
4. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda..
5. Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan.
6. Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda. Ini akan membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.

10 TIPS MENGAWAL EMOSI

“TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA”

1. selalu berfikiran positif,dan logik.
2. selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3. selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon .
4. membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.
5. sentiasa memaafkan orang lain.
6. selalu berdoa.
7. elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8. selalu bersenam.
9. elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10.mempunyai rehat yang cukup.

PENGURUSAN STRESS

Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.

Bagaimana kita boleh stress?

Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu apabila mereka berhadapan dengan binatang buas atau musuh dari puak lain. Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress badan kita akan menyediakan respons ‘fight-or-flight’ dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain. Walaubagaimanapun keadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin merupakan tugasan-tugasan yang banyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain.

Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.



Apakah yang patut kita buat?

Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.

Kunci untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di beberapa bahagian badan kita boleh dikendurkan ketegangannya dengan melakukan latihan relaksasi di beberapa bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan, muka, bahu perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah memperolehi kemahiran relaksasi.

Seterusnya eloklah kita lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda menghadapi tekanan; cara-cara untuk mengurangkan tekanan; mengesan tekanan dan kaedah pengurusan tekanan khusus.

PROFIL KEPAKARAN KECEKAPAN

KELAYAKAN AKADEMIK
Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)-2005
Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)-2001
Diploma Perguruan(Maktab Perguruan Teruntum)-1989
PENGALAMAN KERJA
SK.Sering (1989-1994)
SK Kem (1994-1998)
SK.Kota (1998-1999)
SK.Melor (2000-2001)
SMK.Dato Hashim (2002-2006)
SMK.Long Gafar (2006-2007)
IPKB (2007- sekarang)
KECEKAPAN
Capasity Building (28.1.07-1.2.07)
Kursus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah (18-23 MAC 07)
Seminar Peningkatan Pendidikan Zon Timur (23-25 JULAI 07)
Kursus Penyelarasan Tugas PPS (13-16. JUN 07)
Kursus Pencerapan Pementoran (3-5 JULAI 07)
BIDANG KEPAKARAN
Bimbingan dan Kaunseling
Ceramah Keibubapaan
Kaunseling Pengurusan Organisasi

Monday 27 April 2009

SOALAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1. Huraikan secara ringkas pandangan ahli psikologi tentang aliran strukturalisme.
Nyatakan TIGA komponen utama tentang pengalaman sedar.
2. Jelaskan maksud endogen (dalam individu) dan eksogen (luar individu) yang merupakan faktor-faktor mempengaruhi perkembangan manusia.
3. Nyatakan EMPAT cara guru berperanan menghadapi perbezaan individu di dalam bilik darjah.
4. Bezakan antara Teori Trait dengan Teori Behavioris dalam menerangkan tentang personaliti.
5. Nyatakan EMPAT prinsip pembelajaran yang berkesan bagi menarik perhatian murid-murid.
6. Berikan DUA prinsip pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam pembelajaran Ausubel.
7. Jelaskan maksud kecerdasan menurut Gardner. Nyatakan DUA kecerdasan (intelligence) manusia yang wujud secara semulajadi.
8. Berikan EMPAT ciri murid-murid sindrom Down.
9. Nyatakan DUA cadangan peningkatan kemudahan asas bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif.
10. Jelaskan DUA kebaikan mengintegrasikan teknologi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.