Monday 27 April 2009

SOALAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1. Huraikan secara ringkas pandangan ahli psikologi tentang aliran strukturalisme.
Nyatakan TIGA komponen utama tentang pengalaman sedar.
2. Jelaskan maksud endogen (dalam individu) dan eksogen (luar individu) yang merupakan faktor-faktor mempengaruhi perkembangan manusia.
3. Nyatakan EMPAT cara guru berperanan menghadapi perbezaan individu di dalam bilik darjah.
4. Bezakan antara Teori Trait dengan Teori Behavioris dalam menerangkan tentang personaliti.
5. Nyatakan EMPAT prinsip pembelajaran yang berkesan bagi menarik perhatian murid-murid.
6. Berikan DUA prinsip pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam pembelajaran Ausubel.
7. Jelaskan maksud kecerdasan menurut Gardner. Nyatakan DUA kecerdasan (intelligence) manusia yang wujud secara semulajadi.
8. Berikan EMPAT ciri murid-murid sindrom Down.
9. Nyatakan DUA cadangan peningkatan kemudahan asas bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif.
10. Jelaskan DUA kebaikan mengintegrasikan teknologi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

SOALAN ESSEI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1. (a) Nyatakan TIGA pendekatan yang digunakan oleh aliran Humanistik.
(b) Terangkan pendekatan Kognitivisme yang dipelopori ahli-ahli psikologi seperti Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
(c) Bincangkan sebab-sebab guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan di dalam bilik darjah.

2. (a) Huraikan secara ringkas maksud perkara-perkara berikut:
i. Temperamen.
ii. Tahap tenaga.
iii. Pola persahabatan.

(b) Terangkan perbezaan individu mengikut jantina berdasarkan kajian Maccoby dan Jacklin (1974).
(c) Bincangkan implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran guru.

3. (a) Nyatakan TIGA kriteria penting proses pembelajaran mengikut pendapat Stalling (1973).
(b) Berikan TIGA faktor yang mempengaruhi penanggapan murid dalam pembelajaran.
(c) Bincangkan EMPAT cara guru dapat meningkatkan ingatan murid.

4. (a) Nyatakan TIGA objektif mengapa seseorang individu itu mempunyai kemahiran berfikir?(b) Jelaskan TIGA kecekapan menggunakan minda yang terdapat dalam kemahiran berfikir secara kreatif.
(c) Bandingkan antara kemahiran penakulan dengan kemahiran metakognisi. Berikan contoh.

5. (a) Huraikan maksud dan objektif pendidikan inklusif.
(b) Jelaskan EMPAT faktor sebagai prasyarat kepada pelaksanaan pendidikan inklusif yang berkesan.
(c) Bincangkan objektif pendidikan pemulihan dan pengayaan kepadamurid-murid berkeperluan khas.

Friday 3 April 2009

SOALAN PERBINCANGAN PSIKOLOGI (BAB 1-5)

1. Perbezaan antara aliran behaviourisme dan kognitivisme
2. Jelaskan perbezaan id,ego dan superego
3. Apakah pendekatan psikologi yang boleh diambil untuk menghuraikan tingkahlaku oleh aliran behaviorisme,strukturalisme,fanctionalisme dan kognitisme
4. Apakah faktor endogen atau eksogenyang mempengaruhi individu
5. Menurut Freud, falik merupakan peringkat paling kritikal.Bincangkan
6. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda mengaplikasikan Teori Psikososial Erikson dalam bilik darjah.
7. Apakah factor yang memainkan peranan penting dalam kehidupan anda, baka atau persekitaran
8. Apakah cirri-ciri utama perkembangan
9. Bagaimanakah anda dapat menyesuaikan keadah pengajaran dengan personality murid yang berlainan
10. Huraikan beberapa factor yang mempengaruhi perbezaan individu
11. Apakah yang dimaksudkan dengan personality
12. Jelaskan model personality The Big Five
13. Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran sepanjang hayat
14. Huraikan prinsip yang berkaitan dengan persepsi
15. Huraikan tiga sebab mengapa kita lupa
16. Huraikan cara-cara kita mengatasi lupaan
17. Jelaskan bersamaan dengan contoh pemindahan pembelajaran positif dan pemindahan pembelajaran negative
18. Huraikan cirri-ciri pelajar bebas medan dan bersandar medan
19. Jelaskan perbezaan pemikiran kritis, kreatif dan metakognisi
20. Apakah maksud psikologi
21. Bagaimanakah Hierarki Keperluan Maslow dapat diaplikasikan dalam bilik darjah
22. Apakah maksuid psikologi pendidikan
23. Faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia
24. Huraikan secara ringkas :
i. Sistem mikro
ii. Sistem meso
iii. Sistem ekso
iv. Sistem Makro
v. Sistem krono
25. Apakah yang dimaksudkan dengan
i. endomorf
ii mesomorf
iii ektomorf
26. Huraikan pola persahabatan :
I Bintang
Ii Dyad
Iii Klik
Iv Rantai
vi. Pencilan
vii. Singkiran
27. Apakah maksud :
i. Ekstrovert
ii. Introvert
iii. Ambivert
28. John. L. Holland mengutarakan model RIASEC. Huraiakn maksud setiap satu
29. Huraikan secara ringkas maksud :
i. Pembelajaran Formal
ii. Pembelajaran Informal
iii. Pembelajaran Nonformal
30. Terdapat dua gaya kognitif. Huraikan secara ringkasi. Impulsifii. reflektif

Kaunselor wajib perkemas data kesihatan pelajar

Arahan pastikan kes murid maut selepas dirotan tak berulangGEORGETOWN: Kementerian Pelajaran mengarahkan semua kaunselor sekolah supaya mengemas kini data kesihatan pelajar dengan menyenaraikan penyakit berkaitan organ dalam badan serta tahap tekanan murid. Ketika ini, dokumen kesihatan pelajar yang disimpan serta dikemas kini oleh kaunselor sekolah hanya membabitkan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kecacatan anggota badan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata arahan itu dikeluarkan bagi mengelak kes membabitkan seorang murid Tahun Tiga, Chan Qi Xian yang meninggal dunia selepas dirotan, berulang pada masa depan. "Maklumat tepat penyakit pelajar terutama berkaitan penyakit membabitkan organ dalaman dan tekanan mereka boleh menjadi petunjuk kepada guru dalam mengendalikan aktiviti atau menghukum pelajar," katanya ketika dihubungi, semalam. Rabu lalu, Chan, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tiong, Gemas, Negeri Sembilan, meninggal dunia kira-kira 15 jam selepas dirotan di tapak tangan oleh seorang guru.
Kelmarin, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, dilaporkan berkata hasil bedah siasat menunjukkan Chan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak. Alimuddin berkata, guru dan ibu bapa juga diminta membantu kaunselor sekolah dengan memberitahu mengenai keadaan seseorang murid supaya dokumen kesihatannya dapat dikemas kini. "Ibu bapa harus tampil dengan membantu jika anak mereka mempunyai masalah kesihatan berkaitan organ dalaman kerana mereka lebih mengetahuinya. Jangan sehingga berlaku masalah baru hendak beritahu. "Guru juga tidak terkecuali... saya minta mereka memerhatikan anak murid dan jika ada sindrom tekanan ketika sesi pembelajaran, terus laporkan kepada kaunselor supaya pemeriksaan dapat dilakukan," katanya.
Jelasnya, pemantauan kesihatan oleh kaunselor sekolah saja tidak mencukupi kerana jumlah pelajar yang ramai dan peranan oleh ibu bapa serta guru cukup penting dalam hal itu.
Di SEREMBAN: Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Datuk Abdullah Muhammad, berkata tindakan seorang guru SJKC Kampung Tiong, merotan Chan tidak mempunyai kaitan dengan kematian mangsa berdasarkan hasil bedah siasat. Malah, katanya guru berkenaan ketika ditemui memberitahu bahawa dia hanya memegang rotan di bahagian tengah dan merotan dengan perlahan. "Rotan hanya akan menyakitkan jika dipegang pada bahagian pangkal dan dihayun dengan kuat. Bagaimanapun, guru berkenaan merotan sekadar mengenai tapak tangannya. Selain murid berkenaan, seorang murid lain dirotan pada masa yang sama," katanya di sini, semalam. Abdullah berkata, ketika ini guru memang tidak dibenarkan merotan, tetapi langkah Kementerian Pelajaran mengkaji semula larangan itu dan membenarkan semula guru merotan mungkin menyebabkan guru yang bimbang kes seperti murid berkenaan berulang tidak mahu melakukannya. Katanya, kes itu tidak boleh dijadikan rujukan dan sebaliknya guru perlu bertindak, termasuk merotan dengan syarat dilakukan mengikut peraturan untuk menangani masalah disiplin di sekolah.